Thursday, August 26, 2010

pengalaman bekerja sebagai pharmacist

Assalamualaikum.

Ecewah. Bergaya betul aku bagi salam entry kali ini. Puasa ke-15 dah kan? Kalau tak silap aku. Ehem, setakat ini masih puasa penuh lagi. Hihi.

Lama tak jenguk blog since start kerja hari isnin lepas. Aku rasa kerja kali ini quite heaven. Kerja relax siket. Belajar pasal ubat. Walaupun aku banyak kali lost apa yang customer mintak, tapi aku try ingat nama ubat-ubat tu perlahan-lahan.

Lagipun, aku akan ada kursus sebulan sekali untuk belajar pasal ubat. Dan presentation sebulan sekali depan manager. Humaingai. Tapi tak apa lah. Sebulan sekali je pun presentation. Part kursus, tak ada hal lah. Dapat outstation. Minyak boleh claim. Not bad huh?

Tapi sepanjang aku kerja kat sini, satu yang aku perasan. Setahu aku, sekarang ini bulan Ramadhan. Tapi apa yang aku nampak, pregnancy test dan condom masih dicari-cari customer. Kalau cina ke india ke, aku macam abaikan lah jugak. Ini melayu bai. Jangan cakap remaja, yang tua pun sama naik je. Lelaki perempuan tak nak kalah. Hmm..

Tak apa lah. Abaikan. Balik rumah kalau boleh aku tak nak fikir pasal kerja. Hua3x.

. . . . . .
Hari ini cukup seminggu birthday encik kekuatan. Maksudnya lepas ini dah tak ada lagi panggilan percuma celcom untuk beliau call 4 kali sehari. Sahur, subuh, sebelum berbuka dan sebelum tidur. Heaven betul seminggu ini. Terima kasih ya. Hakhakhak. Serabai.

Ok lah. To be continue later. Assalamualaikum.

6 comments:

aten chan said...

hakhak muka diorang segan x nak beli benda tu?

limau ais said...

tidak langsung! T_T

faizal bidin said...

kah333333.
gelak guling2...
sound skali bes tuh. kompem x g dh farmasi tuh. hahaha

limau ais said...

tak leh. nnt aku lak yang kena sound ngn manager. baru keje 3ari da kne kick. hahaha

Unknown said...

hamboi!
gns nye kasteme kasteme ko
haha~

limau ais said...

ganaih? ntah ape-ape ade ar..huhu