Sabtu baru ini, mama tak jadi pergi ke Kluang. Plan cancelled. So aku duduk rumah saja memandangkan aku pun sedang menderita period pain yang agak dashyat. Kaki tangan semua dah sejuk dan pucat.
Sedang rehat-rehat tu, mesej encik kekuatan sekejap. Nak wish his big day. Hari graduation beliau. Memang tiada niat nak pergi sebab aku tak larat nak drive pun. Beliau pun tak kasi datang sebab jauh. Jauh la jugak Jb-Melaka. Haha. Mesej punya mesej, dia cakap parent dia mungkin tak datang. Huh? Aku try letak diri aku di situasi dia. Gila sedih bila nampak kawan-kawan ambil gambar bersama family semua, tapi dia?
Ok, aku terus call cik conteng tanya beliau free tak. Dan mengajak encik sukasuki sekali sebagai back up driver incase aku tak larat nak drive nanti. Mujurlah mereka no hal dan sudi teman. Thank you very very much. Tengahari itu jugak kami gerak dari Jb. Agak lewat. Dengan masing-masing yang belum sarapan, last-last kami lunch di Machap dan exit di Ayer Keroh tepat jam 2petang.
Niat hati nak jalan-jalan Melaka dulu since encik kekuatan pun tak boleh keluar dewan sehingga majlis abis yang dijangkakan jam 5.30 petang. Dari exit Ayer Keroh nak ke pusat bandaraya punyalah jammed abes. Sejam sangkut kat traffic light. Sampai Bandar Hilir pulak, punya lah ramai orang. Dua kali pusing untuk dapatkan parking yang mengambil masa sejam lagi. Pukul 4 baru dapat parking kat depan Mahkota Parade. Itu pun selepas puas aku sumpah seranah asal Melaka sesak gila babeng. Haha.
Pusing punya pusing dalam Mahkota Parade cari hadiah untuk encik kekuatan, nasib baik lah jumpa si chipmunk ini. Cepat-cepat beli dan bergerak ke kolej sebab encik kekuatan kata dia dah keluar dewan. Tepat 5.30 petang memang sampai ke kolej beliau. Selepas parking kereta, on the way nak ke dewan, selisih pula dengan keluarga encik kekuatan. Angah beliau masih kenal aku. Great. Haha. Dan aku diperkenalkan dgn bonda dan ayahanda beliau sambil diperhatikan oleh adik beradik dia yang lain. Salam-salam semua lepas tu mintak izin nak pergi jumpa encik kekuatan yang entah dimana.
Rupanya encik kekuatan kena surprise dengan family dia. Tak pasal-pasal dengan aku pun terlibat sama kena surprise. Hampeh. Hahaha. Tapi tak apa lah, niat dah ikhlas nak datang. Pukul 6 petang gerak dari kolej dia dan pukul 9 malam sampai rumah. Nasib baik abah mama tak bising. Hehe.
Your mountain is here waiting for you. semoga success dalam hidup, dunia dan akhirat.


16 comments:
oi oi oi ! melaka2 jangan kutukk haa. tanah tumpah lahir darah aku tuh! :P lenkali johor bagiler tanah sket kt melaka. so nextime takdela jammed camtu lagi. hakhak. happy graduation day encik kekuatan ezza :)
bestnya dapat pergi grad orang yang kita suka.. :)
kan kan taqy?best gile dpt pegi grad org yg kite suke. :D
comella chipmunk tu weh.
lov chipmunk! cute sgt..
waiting 4 my fiance graduation...
ngeee suke2:)
aah.. sngt bes melaka kn.. keh33..
btw, mmg btol firasat aku..
lalala :p
taqi:
johor pon cam xcukup tanah jek? haha, melaka tu dkt ngn pagoh. g amek tanah kat pagoh nun. hahahha.
syukur alhmdulillah diberi kesempatan pg ke konvo beliau. :)
aten chan:
pegi la konvo utp weyhhhh. lagi grand tuhhh! :D
aku takleh nk bygkn aten bg bunga kat anjang dgn muke blushing2. kah3x.
:P
chipmunk tu biah pilih. haha
najwamz:
hye there. semoga bahagia ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.
ucp tahniah juga kpd tunang kamu. hee~
:)
peja:
sangkaan mu tepat. lepas ni sile predict bnde laen lak.
agk2 lps ni aku wat ape eh?
hahaha :D
eza, psni, ko xyah cari paul the octopus dh.. aku ad... wakakakak~~~
yeahhhh. peja si paul! best gak nama tuh. wakaka :p
ini romentic!!oowwhh..ehhehe
ak x sure konvo kt sawak ke kt sha alam T_T
aten : aku bayangkan je dah rasa seronok. belum pergi lagi. entah - entah kalau pergi grad orang yang kita suka, aku dah melompat eksaited macam beruk takpun sengih macam orang gila :P haha!
eza : org pagoh kedekut :D tahniah sebab diberi kesempatan untuk pergi :)
syaza:
sume ayt komen kamu ade word 'romantik'. mngapa oh?
hahaha :D
anis:
doa2 kat shah alam la bai. kalau srwk, kim salam le nak pegi. hehe :p
taqi:
ini sume kebetulan. selalunya last minute plan baru jadi. hehe.
beruk dpt bunge pon comel ape. hahaha :P
Post a Comment