2. Oh ya, sebut pasal menganggur. Ya benar. Tak payah geleng-geleng kepala. Aku dah secara rasminya letak jawatan sebagai sale promoter setelah seminggu bekerja. Aku memang tak ada bakat dalam mempromote-promote barang. Bukan salah aku. Bukan juga salah ibu yang mengandung. Eh, berani la kau nak salahkan mak aku pulak.
3. Hari-hari sebenarnya aku fikir nak update blog. Tapi malasnya nak taip. Tak boleh ke kalau aku just sebut dan keypad ni taip sendiri?? Eh. Tapi janganlah. Ini bukan cerita Harry Potter. Kalau itu betul-betul terjadi, aku rasa aku dah cabut dulu.
4. Sudah hari ke-3 puasa. Saja nak wish Selamat Berpuasa kepada saudara-saudara seislam sekalian. Jangan cakap ada yang pura-pura terlupa puasa lagi. Kalau first day Ramadhan tu aku faham lah kalau tiba-tiba kau termakan gula-gula tanpa sedar. Sebab masa kecil-kecil dulu bukan setakat gula-gula, siap lunch ikan bakar cicah air asam wa cakap lu. Lepas tu baru teringat sudah 1st day puasa. Oh ini namanya rezeki. Hahaha.
5. Rindu bazar Ramadhan kat Taman Seroja, Sepang. Rindu popiah basah abang tu. Rindu abang tu jugak. Hahaha. Sebab aku pelanggan tetap dan abang tu memang sudah cam aku dan sentiasa bagi aku sambal lebih. Lepas tu mula lah aku kepedasan kelam-kelibut cari air masa makan. Padan muka.
6. Ok lah. Berhenti setakat sini. Ingat nak stop sampai nombor 5 saja. Tapi macam tak sopan lak tak ada penutup. Ewah, sopan nya aku. Hehe. Assalamualaikum.

2 comments:
1) biadap! XD
2) aku nak geleng jugak kepala. takpe2 ko duduk umah buat kuih raya lg eh? aku tau ko berbakat. :D
3) samela. makin aku tension makin aku nak update. ni kira not bad aku update after 5 paper tau tak. XD
4) pagi semalam sikit lagi aku nak terminum air. haihhh takde rezeki.
5) aku rindu nasi beriyani abang taman seroja. dan abg jual tu jugak. mungkin rindu abang beriyani lebih dr beriyani. :p
6) waalaikumussalam.
btw ni entri ko paling best. sebab before ni mood mcm kelam je aku bace. yg ni baru limau!kippidap babe! :D
atenchan:
1. terimalah kenyataan seadanya. haha
2. kau igt dgn bodek begini, dpt kuih free? haha. tak jadi lah weyh nak jual. lu nak makan, meh dtg raya uma aku meh. hehe.
3. 5paper baru. aku igt kau akan update abes final. see? inesen kan aku? berbaik sangka sesama rakan. muahaha :D
4. ahh, dah la puasa lambat. kat fb duk kecoh2 org wish puasa2, kau nak buat2 lupe lak. zmn dlu2 tade fb nk mngingtkan. so dimaafkan. keh3x.
5. penat aku nak rply komen kau. siket2 kene scroll atas tgk komen kau. haha. rindu sume ah kt bazar tu senang cite. baik psr malam atau bzr rmdhan.
6. kau buat aku blushing2. hahaha. tenkiu. mcm entry syok sndri jek. haha. :p
Post a Comment