Contoh situasi 1:
Customer: Meja yang ini color brown ada?
Aku: Tak ada kak. Ada color putih atau hitam saja.
Customer: Alaa, soh lah kilang buat color brown. Akak minat sangat meja ni. Tapi nak color brown jugak.
Aku: (#$%^&%$$%^%$^) sambil tersenyum.
Contoh situasi 2:
Customer: Rak ini ada yang tinggi sikit tak?
Aku: Tak ada yang tinggi lagi. Tapi design lain ada yang tinggi sikit. Try tengok design lain dulu?
Customer: (usha design yang disuggestkan) Yang ini kalau rendah sikit mesti lawa kan?
Aku: (#@%$%^$%^&) Senyum lagi.
Yang paling aku tak boleh lupa bila ada satu family ini datang. Suami, isteri dan seorang baby. Macam biasa, mula-mula diorang masuk kedai, mesti la aku kena greet diorang. Lepas tu si suami pandang aku sambil buat gaya mintak kertas dan pen. Aku bagi salam pun tak jawab. Dah bagi kertas dan pen, dia duduk kat satu meja. Dia suruh aku duduk sekali. Dia tulis kat kertas itu 'Assalamualaikum. saya datang nak mintak kerja.' Ah sudah. Aku pun cakap lah "saya pun baru kerja disini. Nanti saya tolong tanyakan bos dibawah".
Kejap lagi dia geleng kepala. Dia sambung tulis kat kertas 'tulis sahaja. saya tak dengar.' Ok, time tu baru aku perasan yang aku sedang berkomunikasi dengan seorang yang pekak dan bisu. Sumpah kesian. Isteri dia pun sama-sama pekak dan bisu jugak. Si baby tu tak pasti lah pulak sebab aku ada dengar dia menangis. Huhu.
Itulah pengalaman first day aku kerja. Masuk kerja pukul 11.00 tengahari sampai lah 9.30 malam. Lepas ini memang dah jarang online lah. Haha. Tapi yang pasti, kerja maintenance repair kapal lagi seronok dari kerja sale promoter ini. Walaupun maintenance lebih penat, tapi aku enjoy buat benda yang aku suka. Rasa kejap sangat masa berjalan, tiba-tiba dah waktu balik. Tapi kerja promoter ni tiap kali aku tengok jam, baru 30 minit berlalu. *sigh
English style ini hanya ada color putih dan hitam saja. Maaf, brown tak ada. Grrr!




6 comments:
dapat wa bygkan betapa huduhnye muka lu yg penuh kepalsuan itu
kahkahkahkahkah!!!
eh eh,mimi online lahhh. hahaha. kuajo. muke wa manis sentiasa. haha
catek. mau english style :)
mentang2 wa tak online berminggu-minggu..lu na kutok2 haa~~
slalu org pelik wa ta online...ni lu pelik sbb wa online
fathiah:
wahh,,agk terperanjat tgk nama kamu. hehe.
nnt ade rumah sndri, deco english style ok. :)
mimi:
biasak ah. pelik gileee. hak3x. ni on9 gne ape pulak?
Post a Comment