Friday, August 20, 2010

bulan puasa haruslah bersabar

Rasanya macam baru semalam aku duk puji-puji encik kekuatan. Tapi tengahari tadi dah kena marah.

:(

Marah sebab off handphone.

"you pergi mana? Maxis off, celcom off. I risau you tau tak..!"

Huh, dengan suara baru bangun tidurnya, lepas tu marah-marah orang. Buruk tau tak?!

Tapi aku diam je. Tak jawab. Lepas dia dah sedar dari syok attack aku baru lah dia slow sikit dan tanya tengah buat apa.

Aku jawab, "laptop rosak.."

Dia, "Astaghfirullahalazim.. macam mana boleh rosak?"

Dang! Mana ku tahu gimana boleh rosak kok. Hati wa dah lah sedih laptop kesayangan rosak, kena marah lagi. Cukup segala perasa hari ini. Macam nak kena hantar servis kat HP centre balik je. Kalau gitu, mahu sebulan lah wa tak ada laptop. Haih.

. . . . . .

Tak berapa lama lepas itu, telefon berdering lagi.

"Hello, saya dari Farmasi Senai. Tentang permohonan awak sebagai Pharmacist Assistant tu, awak berminat lagi tak?"

"Hmm..boleh jugak"

"Ok, kalau macam tu awak boleh start kerja 23hb isnin ni. See ya."

Wahlawei, apakah?

Dari seorang pelajar engineering yang duk main spanar bermandikan fuel, diterima menjadi pharmacist assistant bermain dengan ubat pakai lab coat putih suci itu?

Thanks Allah sebab bagi aku peluang ini. Dulu memang cita-cita nak jadi doctor tapi bila fikirkan aku tak ada bakat menghafal-hafal dalam subject biology, so tukar lah cita-cita.

Makanya, isnin ini akan bermulalah profession baru aku. Psst, encik kekuatan tak tahu lagi. Malam-malam sikitlah inform dia. Nak kena cari masa yang sesuai sebab dia tak kasi kerja. Tapi sorry bai, dengan laptop yang rosak gini, aku rasa kerja merupakan alternatif terbaik menghilangkan bosan.

So, here we go! Muahaha.

*Doakan semoga hati aku serasi dengan kerja ini. Susah kalau kerja tak sepenuh hati macam sale promoter dulu tuh. hmm

No comments: