Itu maksudnya syawal telah tiba. Tapi since awal Ramadhan dulu aku tak rasa aku happy untuk sambut syawal tahun ini. Tak meriah. Memang lah, selama 20 tahun aku beraya di kampung, tiba-tiba tahun ini adalah yang pertama kalinya aku beraya di Senai. Apakah?
Tapi ada satu yang aku happy.
Aku puasa penuh. Ok, 30 hari cukup!
Kepada siapa-siapa yang cabar aku awal Ramadhan hari itu dengan cakap "wey, puasa penuh aku bagi kau duit raya", hahh sila kotakan janji anda SEKARANG!
:D
. . . . . .
Seminggu sebelum raya, aku rasa mood aku gilanya lain macam. Swing mood bak kata orang. Risau dalam hati punyalah kepalang. Tekad nak puasa penuh, jangan la wat hal. Sila tahan. Haha.
Tapi kasihan dengan encik kekuatan. Setiap kali selepas sahur, ada je benda yang slack pada aku. Dia itu lah, dia ini lah. Benda kecik pun aku boleh amukkan. Gila ke apa.
Aku tau aku dashyat.
Ok, aku dah minta maaf pagi raya tadi. Minta maaf untuk kesalahan yang lepas-lepas dan yang akan datang sekali. Nampak sangat lepas ini aku akan buat onar lagi. Hihi.
:')
. . . . .
Hari ini 1 syawal. So, nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini terutamanya yang rapat-rapat.
Selalunya, yang rapat-rapat ni lah yang banyak kita buat salah. Cakap main lepas, tak sedar tersakitkan hati orang dan sebagainya.
Maaf ya. :)
Dan yang specialnya, hari ini birthday one of my vvvip.
Cik conteng, kita sebaya sudah! Hak3x.
Perasan muda kadang-kala tak salah an?

No comments:
Post a Comment