Time itu masih lagi zaman-zaman friendster. Tak wujud lagi facebook, twitter bagai. Aku try nak jadi stalker berjaya dengan view page girl ni. Aiseyman, private la pulak. Dengan sifat kendiri yang tinggi, nak tak nak aku add lah jugak girl ni.
Tak lama lepas tu, girl tu approved aku weyh. Wah, berjaya. Aku mulakan kerja-kerja stalking. Semasa kerja-kerja durjana itu berlangsung, girl tu tegur aku. Tanya khabar bagai. Sangat sopan dan friendly. Weyh, apa kau ni, aku tgh berniat jahat kat kau, boleh pulak kau nak peramah-peramah dengan aku.
Damn you, aku cair.
Sejak hari itu, kami mulai rapat. Dari kawan biasa-biasa, kami bertukar nombor telefon. Kami mula sms antara satu sama lain. Walaupun tidak kerap, tapi mesra. Kami juga banyak bercerita di yahoo messenger. Saling mendengar masalah antara satu sama lain. Aku perkenalkan beliau seorang demi seorang kawan-kawan aku.
Boy itu? Ahh dah boleh jalan. Aku betul-betul dah anggap dia sebagai kawan biasa. Bukan lagi admire seperti dahulu. Sebab bagi aku, friendship bersama girl ini lebih bermakna buat aku.
Hari ini birthday beliau yang ke 21 tahun. Entry ini memang khas untuk beliau. Sepanjang aku kenal dia, aku admit aku belajar untuk lebih memahami hati seorang perempuan. Sebab beliau ni hati tisu siket. Asyik nak nangis je kerja. Tengok movie nangis, tengok iklan nangis, dengar lagu kat youtube nangis, dengar problem aku pun dia nangis agaknya. Ahaks!
Tapi memang layak pun dia nangis sebab bagi aku problem dia agak complicated. Kasihan dia. Tabah lah ya. Aku cuma mampu mendengar, tak bisa menolong. Kepada lelaki-lelaki diluar sana, kalau inginkan perempuan yang berhati lembut, dia lah calon utama. Sila isi borang. Anda pasti tidak menyesal. *smile
Diam tak diam, dah 3 tahun rupanya aku kenal beliau di alam maya. Belum lagi bertemu muka, bertepuk tampar. Kepada cik Najatul Taqirah Kamaruzaman, hanya satu saja yang sedang bermain di minda aku sekarang, iaitu..
"Hey perempuan, bila kita nak jumpa hah??! Hahaha"
*Happy birthday Taqi. Syukur tuhan pertemukan kita sebagai kawan. Semoga kau dapat capai apa yang dicita-citakan dan berjaya mencari kebahagiaan yang kau idamkan. Ucapan ikhlas dari aku. Sayang kau. :)

10 comments:
aku tau siapa lelaki itu cik limau ais
THANKYOU !!! wuwuuu..terharunya :'( sedih weh sedihh. dah 3tahun kita berkawan, nanti aku jumpa, bgla can aku sepak ko dulu XD hahaha.. dah 3tahun jugak stuck dgn dia tanpa buat apa-apa keputusan. :) ezza! syg ko. perghh gua dah keras skrg bhaii tak main dah hati tisu nih. kahkah :PP
mimi, itu semua citer lama. bila fikir-fikir balik agak kelakar ya. hahahaha :p
twinkeyra:
kenapa kau lak kena sepak aku dlu? kau lebih tua, thats mean kau perlu mngalah dgn adik adik. u got it?
wakakah!
keras dah? alhamdulillah. come join the club. kelab hati batu. hehe :D
haha. wehh sepak2 tak kisah tua ke muda, janji sape cepat dia dapat XDD baru aku perasan ko promote aku. hahah, lenkali mintak la gambar aku. post la skali gambar. mane tau ade orang berkenan! hahahaha.
keras sikit la, hati ais. boleh cair bila-bila masa ja :D =.="
nak join klab hato batu leh x? (*.*)
twinkeyra:
ceh. kalau cmtu spe dtg tmpt spe leh sepak tuan negeri. deal? kah3x. kalau cmni gayanya, aku xjadi nk jmpe kau la. takut. kekeke.
hati ais? abes batu nk letak mana? ais batu campur je la. bole wat makan. hahaha :D
kau xbg aku pon gmbr kau. so mls la nk ltk. wakaka :p
mimi hadrah:
sini tade kelab hato batu ye syg. sini kelab hati batu. kekeke. come join us. yuran rm50 setaun. hahaha :D
haha..kalau camtu ko kena blanje aku ABC nanti kalau jumpa ;D
twinkeyra:
cendol pon boleh~ hihi :p
Post a Comment