Tuesday, June 15, 2010

abaikan entry emosi ini 3

Satu hari semalam aku duduk terperap dalam bilik. Not in mood at all. Akip dan Aiman keluar masuk bilik aku ajak kaluar, aku pura-pura tidur. Tambahan lagi dengan cuaca sejuk akibat hujan diluar buat aku selesa baring comforter sambil dengar lagu di mp3. Kedua-dua handphone pula asyik berbunyi menandakan bateri lemah memang aku malas nak layan. Mati je lah buat bising pula.

Petang itu, mama call kat handphone. Tanya aku kat mana. Aku jawab dalam bilik. Mama terperanjat ingat aku kat luar hanging out seperti biasa. Sebab seharian tak nampak batang hidung. Haha funny. Tak lama lepas tu aku keluar bilik angkat baju di ampaian, saja lalu depan mama. Baik je mama perli bertapa apa kat dalam bilik tu?

So, aku rasa cukup lah setakat semalam. Semua kerja tak jadi melayan perasaan ni. Hari ini kena move on. Hantar borang register exam dan cari kerja. Kalau dapat kerja lagi cepat lagi bagus sebab aku pun memang tengah kering ni. Tapi kalau dah mula kerja, bila pula aku nak study untuk exam? *sigh

Maaf ya 2 3 hari ini entry emosi je yang banyak. Sebab memang emosi tak stabil. Perlu cari entertainment untuk hiburkan diri sendiri. Yeah, chill out!

2 comments:

$H said...

balik carik keje bawak ubi 1 guni..lalalaa~~

limau ais said...

hahaha. ubi satu guni, pucuk2 ubi lagi, limau kasturi dan limau nipis. :)