Monday, June 7, 2010

Malaysia 2nd Chocolate Fair 2010

Sabtu lepas hari cuti umum Yang diPertuan Agong, nasib baik memang turn off day aku. Tak macam kawan-kawan seperjuanganku yang lain dimana mereka harus kerja. Aku dapat tahu dua orang dari mereka dah cabut awal-awal. Tinggal yang lagi seorang tu je yang begitu berdedikasi mengikut arahan botak. Alahai, botak je pon. Kau takut wat apa. Kita practical baru, macam lah botak nak bayar kau ;p

Bila nama pun off day, haruslah kita menghargainya. Buat pertama kali selepas lost contact hampir 5 tahun, aku keluar hang out bersama cik nasuha. Bakal guru biology dari UPSI ini memang jarang balik Jb membuatkan aku rasa macam 'cuti ni kalau kau tak keluar dengan aku siap kau'. Hahaha

Mula-mula kami pergi menonton Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari sebuah novel kegemaran aku. Ok, aku malas nak komen pasal cerita itu. Korang boleh baca review dari akukopi. Aku setuju dengan pendapat dia.

Then, kami ke Danga City Mall untuk merasai buat pertama kalinya Chocolate Fair yang aku dengar di Malaysia ni. Rupa-rupanya dah kali ke-2 diadakan di Malaysia. Sangat ramai orang. Aku dah borong marshmellow coklat banyak-banyak. Tapi lupa ambil gambar. Tapi tak mengapa, gambar lain masih ada.

Coklat yang berbagai rupa. Rambang mata tengok comel gila coklat-coklat ni.

Yang kasut pink tu aku punya. Aku pun tak tahu apa motif aku beli design ini. Vogue may be? Sayang nak makan :)

Ada juga bentuk teddy bear. Tapi aku kurang berminat.

Dalam hati ada taman. Dalam bunga ada coklat.

Hebat kan? Aku singgah setiap booth untuk rasa percuma coklat-coklat ini. Cool~

Kau sanggup ke nak makan coklat ni kalau ada orang bagi? Kalau beli sendiri pun belum tentu sampai hati nak makan.

Kepada mereka yang tak berkesempatan ke Chocolate Fair kali ini, jangan risau kerana pada 17 hingga 19 December 2010 nanti Chocolate Fair masih lagi diadakan di Johor Bahru. Kepada doctor Aten Chan, sorry la babe. Wa tak dapat nak tolong. *smile

Malam itu pula aku bersama family menyambut kepulangan encik akif yang baru sampai dari negeri Indera Kayangan. Kami makan di Hutan Bandar depan Sekolah Sultan Ismail. Kepada yang familiar, mesti tahu kan apa yang special di sana?

Western food dia sangat sedap dan murah. Chicken Chop dan Fish and Chips masing-masing berharga Rm 5, Lamb Chop Rm10, Tenderloin Steak Rm 13. Tapi aku suggest makan either Chicken Chop or Fish and Chips sebab sangat berbaloi. Kedai dibuka dari pukul 7.00 petang hingga 3.00 pagi.


Sorry aku dah makan dulu Fish and Chips dia, baru teringat nak snap gambar.

4 comments:

$H said...

weh..henchek puan limau ais..anda telah pegi ke cokelat fair tanpa saia...mane adiah besday?
klu bln december cane maw pegi?
kite suda di uk...

Anonymous said...

haha! uk tuh! ;p

oi oi! aku tak pergiiiiiiii pon choc fair.. :(

limau ais said...

cik mimi hadrah:

erk. kau nak adiah coklat ke? k k. aku simpankan yg design kasut tu utk kau leh x? jgn la demand sangat. aku xmkn pon lagi. ngehehe :')

limau ais said...

cik pen hitam:

abaikan ulu klang. hak3x.

asal kau tak pergiii?? kata nak pergi ari ahad tu?? -___-