First time nampak dia di dorm kami, dalam kepala dah terfikir ‘lembut nya budak ni. Kalau dapat buli dia mesti best’. Memang dasar first impression yang dah ada niat jahat. Tak padan dengan status ‘budak baru’ aku dah pasang angan-angan macam tu. Ada hati nak buli senior. Oh maafkan aku Rahmah.
Tapi setelah berbulan-bulan bersama, aku tak buli dia pon. Sebabnya, dia tak pernah kacau hidup aku and why must i disturb her life right? So kami jadi kawan biasa-biasa. Bila jumpa tegur dan bila tak jumpa, tak ada lah tanya kemana dia pergi. Dan pada masa itu, dia berkawan rapat dengan roommate ku yang lain. Aku? Tetap bersama zap si pemandu pelancong yang setia.
Entah atas dasar apa, suatu hari dia datang pada aku dan menceritakan masalah yang dia hadapi bersama classmates nya. Muka dia sangat sugul. Tak silap aku, itu lah first time aku lihat dia menangis. Dia rasa sangat lost. Dia benar-benar putus asa. Classmates dia betul-betul buat dia rasa sangat down. Aku dapat rasa kesedihan itu. Tapi aku tak pandai pujuk. Oh my bad.
Sejak hari itu, kita jadi rapat. Dia selalu tidur di katil aku. Tapi aku tak pula tidur di katil dia. Sebab katil dia penuh buku. Memang dasar kuat study, ini aku jealous. Banyak juga bab-bab pelajaran yang dia bantu aku. Terima kasih sayang.
Tak sangka usia persahabatan kita sudah menjangkau hampir 5 tahun. Dan aku rasa sepanjang kita menjadi rapat, baru lah aku betul-betul ada chance buli kau. Sebab kau suka kejut aku dari tidur semata-mata nak suruh aku study. Alasannya, SPM dah dekat. Aku tau itu untuk kepentingan kita juga, dan aku tak patut ‘buli balik’ terhadap kau. Tapi kau pun tau kan betapa pentingnya tidur itu buat aku? I’m sorry again.
Rahmah, Rahmah..kau menyesal tak dapat kawan macam aku?
Psst, aku tau kau tak berani jawab ‘tak’. Ketawa jahat.
Untuk sekian kalinya, aku nak minta maaf pada Rahmah kerana di hari yang special ini, aku masih tak dapat call beliau nun di Uk. Memang aku tak pernah call dia pun sebagaimana dia selalu call aku pada setiap hari-hari penting ku, hari-hari down aku. Masih setia mendengar segala keluh-kesah aku dan nasihat beliau banyak menjurus kearah keagamaan buat aku rasa tenang. Ya mungkin aku alpa di dunia ini dan kau tidak jemu-jemu mengingatkan hal yang satu ini. Terima kasih Rahmah.
Dan akhir sekali aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir kepada cik Sophia Natasya. Semakin panjang umur, semakin banyak dugaan yang diterima dan ambil lah kesempatan itu untuk kita menjadi semakin kuat. Aku sentiasa tiada bersama kau di hari-hari susah kau di sana. Maafkan kan aku ya sayang. Tapi aku yakin, kau sekarang semakin kuat dari segi semangat dan aku doakan ianya berterusan begitu juga friendship kita. InsyaAllah.
Buat cik Sophia, maaf entry begitu lambat publish. All the best in your final. Doaku sentiasa mengiringimu.
*entry ini di edit untuk join contest SAHABAT. Aku pilih Rahmah kerana this is her day. Her Birthday. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
sy syg kamu juge kaunselor bR!
:p
hahahaha.
Kami syg kamu juga pakar chenta br.
:p
ahhh!! mase bday aku, aku nk entri mcm ni jugak.. takire2!
oh. boleh3. copy paste je la. just tukar nama saja. :DD
aku nak gakkkk penuh dgn pujian so boleh market sikit.wahahaha XD
erk. tggu bday korg yg ke 21 ok? yg ke 20 takire. :))
Post a Comment