1. Dah lama sangat rasa nya tak dapat online sepuas-puasnya. Sekarang memang masa untuk membalas dendam.
2. Cuti 2 minggu telah ku gunakan sebaik mungkin. Sehingga aku tidak meninggalkan barang sehari dua pun untuk berada di rumah. Semua aktiviti berlaku di luar rumah dan akhirnya mengundang ke-bengang-an mama. Padan muka aku.
3. Sarawak sangat panas. Tapi nasib baik rumah tumpangan sangat sejuk dengan mengguna sepenuhnya ke empat-empat penghawa dingin. Akibatnya, aku selalu tersasul sebut aku di Cameron Highland bukan di Sarawak. Terima kasih cik anis chan.
4. Pulang dari Sarawak, meneruskan percutian ke Kuala Lumpur pula. Singgah sebentar di universiti-tak-terchenta-sangat. Sepanjang jalan ke universiti, rasa syahdu sebab dah lama tak main race-race di jalan itu. Pandang sebuah kolej teringat aten chan. Tapi bila masuk kawasan universiti, rasa bengang membuak-buak. Oh kamu memang tak pernah berubah mengurangkan maki hamun pelajar-pelajar kamu ye wahai orang management universiti.
5. Singgah Subang rumah sewa ku. Tidur sana semalaman. Hari kedua di sana, terjumpa seseorang yang pernah buat aku rasa down down down down. Apa dia buat depan kereta aku? Kenapa nak jumpa aku? Mana dia tau aku datang? Semua soalan datang sekali tapi mulut tetap terkunci sambil mata pandang tempat lain. Boy, you're nobody. Don't ever bother in my life.
6. Sebelum pulang ke Jb, singgah ke Melaka bertemu encik kekuatan. Sangat sekejap rasa tak puas. Ingatkan dulu kita tak akan bertemu lagi sejak aku ikhlas melepaskan dia pergi. Tapi kini encik kekuatan sudah kembali. Kembali sebagai apa? Dia saja ada jawapan nya. Aku? Aku tetap begini. Dia ada or dia tak ada, life must move on.
7. Seorang manusia lagi sudah diishytiharkan sebagai blogger. Tahniah kepada cik conteng. Kamu telah mencukupkan korum geng bR. Gaya penulisan sangat best memang ada bakat jadi blog yang famous one fine day. Encik kekuatan juga sudah memasang angan-angan buat blog. So bila lagi?
8. Agak terperanjat bila tengok blog cik zap telah update semalam. Apakah semalam hari jadi beliau? Cik sophia natasya tak nak update ke?
9. Hari ini last cuti. Nak hang out jalan-jalan, sumpah purse dan segala bank telah kering kontang. Fikir punya fikir, may be aku bersama cik zap dan cik conteng akan ke park untuk berjogging. Hah, duit tak perlu keluar malahan peluh pula keluar. Aku rasa banyak2 aktiviti, ini lah pertama kali nya aktiviti yang paling berwawasan. Jadi sila doa kan kejayaan plan ini. Oh hujan tolong jangan datang petang.
10. Aku dah penat jadi mak nenek untuk entry kali ini. Izinkan aku mengundur diri. Salah dan silap harap tak ambil hati. PEACE!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
haha! akhirnye k0 update gak.. seriussssssssss aku terkejut tgk zap update bl0g. wakakak! neway, tenkiu pr0m0te bl0g aku.. keke!
ah ko rab!
tapena bg komen kt belog ak pn
majok!!
[eza]
siyes zap update belog?? :o
nnt ak sekod
haha~
btw ak memg ad psng niat nk update psl olide korg tue
tp x sempat r
tngu ak blek jb eh bru tules :p
pen hitam:
hahaha, kire nye aku penyebar cite zap update blog la eh? zap owe me for this. hak3x.
anis:
ok ok. akn ku tggu. mcm lme lg aje? tp tape. pastikan entry tu the boom. bg pen hitam ngn atenchan jeles. hehe
Post a Comment