Wednesday, April 28, 2010

apabila ibubapa adalah pendidik

Entry ini dicipta setelah membaca blog cik conteng yang bertajuk 'kelebihan bila bapa seorang pendidik'. Bukan niat dihati ingin ciplak entry beliau, tapi ingin menceritakan sedikit pengalaman menjadi anak guru dari pihak diri ini. Ya, ini kisah benar.

1.Sejak kecil lagi aku telah diajar untuk menyusun kertas-kertas peperiksaan, staple kan, dan susun bilangan kertas mengikut kelas-kelas.

2.Bila dah besar sedikit, aku punya kemahiran diteruskan dengan menaip dan merekacipta soalan-soalan peperiksaan untuk pelajar-pelajar yang bernasib malang sebab dapat pencipta-soalan-tidak-mahir seperti aku.

3. Pernah ketika darjah 1 aku bersekolah dengan mama, dan pengalaman aku dipandang pelik oleh rakan-rakan hanya kerana setiap kali waktu rehat, aku harus makan dibilik guru sambil dijamu makanan high class guru-guru. Hal ini membuatkan aku jealous dengan pelajar lain kerana kempunan tidak dapat duit belanja dari mama dan keinginan untuk ke kantin berebut-rebut dengan pelajar lain sangat tinggi. Jadinya, itu lah tahun pertama dan terakhir aku satu sekolah dengan mama.

4. Aku tiada pengalaman seperti cik conteng yang bapanya melihatkan resultnya terlebih dahulu, sebab aku lebih suka untuk tidak satu sekolah dengan mama dan abah. Akibatnya, aku telah berpindah sekolah sebanyak 11 kali sepanjang hidup aku. Di tiap-tiap sekolah itu, pasti ada yang mengenali mama ataupun abah. Memang ditakdirkan aku tidak boleh lari dari hakikat itu.

5. Walaupun abah dan mama seorang guru, aku tidak dapat soalan-soalan bocor ya. Tapi aku dapat bermacam-macam jenis latihan dan kerja rumah. Itu belum termasuk kerja tuition luar lagi. Jadi, sangkaan encik kekuatan adalah salah sama sekali.

6. Baru semalam aku balik kerja dan mama terus minta menggantikan dia sebagai guru tuisyen matematik darjah 6. Walaupun umur aku jauh lebih tua dari budak-budak berumur 12 tahun itu, aku tetap rasa segan untuk mengeluarkan suara 'ada mana-mana yang tak faham..?'. Oh sungguh aku sangat pemalu orangnya. Mama, sedarilah. Anakmu ini tiada bakat mengajar.

7. Waktu entry ini ditaip, aku sedang menanda kertas peperiksaan english year 3. Arahan dari abah.

8. Sebab itu aku kurang berminat untuk menjadi tenaga pengajar walaupun orang kata guru itu ibarat pelita. Tidak keterlaluan jika aku kata sejak kecil lagi aku sudah punya pengalaman sebagai seorang guru.

9. Aku yakin doctor atenchan pasti tersenyum membaca entry ini kerana beliau mungkin mengalami nasib yang sama dimana mama beliau juga seorang guru. Malahan guru disiplin lagi. Kerja doctor atenchan adalah mem-fotostate dan membukukan rekod-rekod jenayah.

10. Ok cukup. Aku perlu sambung kerja nanti abah bising.

2 comments:

aten chan said...

aku senyum tgk point 9.hahaha XD

limau ais said...

aten chan:

eh. asal senyum? padahal kerja kau lebih berisiko tuuuu~ :p