Thursday, July 22, 2010

nasib baik semalam tak hujan

Semalam, aku naik bas. Dari Larkin ke Kluang. The main point here is aku naik bas. Lama gila tak naik bas. Since i've got cik viva at my birthday October 2009. Almost 9 months huh? Dan bas aku naik ialah S&S. Bas memori masa zaman sekolah asrama di Mersing dulu. Bas yang aku benci dulu sebab asal nampak S&S saja, mesti rasa memberontak tak nak balik sekolah. So aku panggil bas Syok Sendiri.

Semalam juga aku rasa puas hati sangat. Sebab dapat tengok Inception dan main bowling. Inception sangat complicated. Berat. Macam mana seseorang tu boleh bermimpi sehingga 4 level. Yang mana kau bermimpi di dalam mimpi di dalam mimpi di dalam mimpi hah sampai lah 4 kali. Semakin dalam level mimpi kau, semakin panjang masa hidup kau. 5 minit di dunia realiti umpama 1 jam di alam mimpi. Bila level 4, ianya jejak berapa tahun? Haha. Tapi imaginasi cerita ini sangat best. Thumbs up.

Last aku main bowling tak silap aku semasa sem 4 di kolej bersama classmates. Tengah tahun 2009. Sudah setahun lebih tak sentuh bola bowling. Geng bR tak minat bowling. Jadi aku teringin gila nak main balik. Lepas pujuk-pujuk encik kekuatan, akhirnya berjaya jugak. Yes lepas gian. Walaupun kalah, aku tak kisah. Dah lah lama tak main, nak lawan dengan pemain bowling kolej, mesti lah aku kalah ye tak? Haha.

Persie pun dah selamat berada di tangan tuan dia. Maka tinggal lah Pique sensorang. Eh tak, ada stitch teman. Eleh, tak payah teman pun tape. Kau patung je pun. Kehkehkeh.

Kesimpulannya semalam sangat enjoy. Dah lah all-sponsored. Thank you banyak-banyak ya encik kekuatan. Ok, i should stop now. Nanti encik kekuatan baca muka dah bangga-bangga tak leh blah.

*lepas siap entry ini, aku tak tahu nak letak tajuk apa. Aku pandang luar, hujan. So aku fikir nasib baik semalam tak hujan. Muehehe.

4 comments:

atenchan said...

ko memberontak nak balik sekolah tgk bas s&s?biar benar? -_-'

p/s : hello, i minat boling jugak. :p

limau ais said...

hey hey hey. aku mksd kan, kalau nmpk bas s&s aku mmberontak tanak balik sekolahhhhh. aku salah taip eh? ok ok aku betul kan. hahaha.

oh ye? anes yg xsuka boling. rab tareti men boling katanya. aku pon tareti gak. haha

n@jwamz said...

wow.... inception sgt2 best eh??
awk buat sy tingin sgt nk g tgk...:)
just nice story:) memori naek bas time sek mmg x ley luper...
dulu meluat sgt...but now i'm missing da moment...heeeeee

limau ais said...

najwamz:

inception sgt menarik jika ditonton oleh budak2 archi. imaginasi dorg tak leh blah. haha. sile sile tgk. die agk berat but i think u'll enjoy the movie. :)

rindu kenangan sekolah, tp tanak balik sekolah. bole gitu x? haha