Just got back from Kluang, Johor.
First time pergi rumah encik kekuatan. First time diperkenalkan dengan family dia. First time aku admit aku sangat gelabah.
Balik tadi, selepas mandi siap-siap semua, baru terfikir nak online. Apa barang nak tidur pukul 8.00pm? Gila tak remaja.
Tiba-tiba teringat cik conteng pesan dalam kereta tadi untuk usha blog beliau. Wah, excited sekejap. Tapi jadi mereng selepas baca entry beliau yang berbau ugutan bagi aku.
Ngeks!
Apa-apa pun, nak ucap terima kasih kepada cik conteng kerana menemani saya ke Kluang walau pun beliau tidur sepanjang perjalanan pulang dan sudi membelikan hadiah untuk angah encik kekuatan sebab saya tiada masa untuk mencari hadiah. Jasa anda amatlah dihargai.
Oh sebelum aku lupa. Nak tanya sesiapa yang tahu sejak bila cik conteng ni jadi mamarazi..?!

4 comments:
like this. wakakakaka!
ahh jangan nak mengada-ngada last time meet. nak kena sekeh ke? :P kena jumpa lagi ! lagi dan lagi ! :)
twinkeyra:
kat sini tade button like mahu pun unlike ok. :p
byk la kau lagi lagi dan lagi. -__-
hahahahha memang mcm gmbr paparazzi amek.
mamarazzi la atennn. biah sejenis perempuan. forgot meh? hak3x. :p
Post a Comment