Tuesday, March 30, 2010

hukum dulu baru bicara

Aku tidak pasti sama ada konsep ini diamalkan di sini atau memang di seluruh tempat.

Memang dasar nya macam itu. Hakim belum tetapkan tarikh lagi untuk membicarakan kes-kes engkau, orang ramai sudah bagi hukuman dahulu. Caci maki manisan mulut engkau kena terima walhal kau belum disabitkan bersalah.

Apa engkau nak menjerit di telinga setiap orang mengatakan engkau tak bersalah? Mereka akan terus pandang sinis sambil menghina 'kau sudah keluar paper lagi mahu mengaku tidak bersalah'. Engkau yang sedang down akan terus down. Mana kawan-kawan kau yang dulu sibuk melaungkan kata-kata hikmat? kata-kata keramat? Mereka pun tidak dapat membantu. Engkau yang memulakan, engkau juga lah yang boleh mengakhirkan.

Jika dilayan, bermulalah titik hidup kau sebagai seorang pelarian.


Mulut manusia memang susah untuk ditutup. Senang lagi tutup mulut tempayan.

6 comments:

aten chan said...

life is short make it simple.

limau ais said...

se-simple mana lah sangat hidup ini aten chan oi.. :p

twiNkeyrA said...

the world gonna end soonn so live ur life to da fullest! :)

limau ais said...

hoho. ayat twinkeyra agak menakutkan. hee~

faizal bidin said...

correction...
life is short, make it worth...
ahakz

limau ais said...

haha. may be~

btw, thx for the advise. :)